Friday, July 20, 2012

Salam Siber

Sesuatu pengalaman tidak dijual dan tidak juga boleh dibeli. Ia satu proses yang perlu dilalui, diharungi, dirasai dan dicerna untuk menjadi sesuatu yang TIADA NILAI, tapi boleh dikongsi bersama untuk dijadikan teladan dan iktibar.

Pengalaman juga perlu satu ruang waktu yang mungkin panjang ataupun pendek. Bak kata pepatah 'lama hidup, jauh perjalanan' akan memantapkan pengalaman seseorang.

Sempena penulisan sulung ini di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, Yong nak berkongsi 'budaya sambutan Ramadhan'.

Bulan Ramadhan seharusnya (wajib) diisi dengan amalan-amalan soleh dan ikhlas agar mendapat ganjaran yang besar dari Allah swt. Tetapi nampaknya, amalan itu masih belum menjadi BUDAYA kita lagi.

Ramadhan disambut bak pesta perniagaan. Lebih tepat lagi Pesta Makanan! Dari bandar hingga ke desa, bersepah dengan Pasar Juadah dengan harga yang rasanya tak setimpal dengan RASA juadah itu.

Disusuli pula pesta jualan sambutan Hari Raya!
Dimanakah hendak kita selitkan amalan ibadah puasa itu?

Bila dan bagaimana hendak kita seimbangkan keghairahan duniawi dan akhirat?

Mari kita bincangkan bersama!

Wasallam!

2 Ramadhan 1433 (21 Julai 2012)
Newcastle, Australia

No comments:

Post a Comment