Wednesday, July 10, 2013

Ahlan Wasahlan Ramadhan 1434H

Awal Ramadhan 1433H telah disambut di Newscastle, Australia.  Setahun berlalu, kini Ramadhan 1434H disambut di rumah sendiri. Alhamdullilah, syukur kerana dapat kembali bersama di bulan yang mulia dan penuh rahmat ini.

Keistimewaan Ramadhan kerana adanya solat sunat tarawih. Tarawih tahun ini di Masjid Ansar terasa selesa kerana adanya Kipas Gergasi dan juga karpet baru yang lebih gebu.  Harap dapat tarawih penuh sebulan di Masjid tahun ini, kerana tahun lepas cuma solat beberapa hari saja, tak tahan panas kerana 'winter rash' dari Australia masih belum baik sepenuhnya.  Jadi solat dirumah bersama anak anak, penuh juga sebulan tau!

Selain tarawih, perlu ada peningkatan dalam ibadah lain seperti membaca AlQuran. Ramadhan tahun ini mula membaca Quran bersama terjemahan dan tafsiran.  Mohon diberkati dan dirahmati Allah jua, Amin!

Puasa tahun ini berazam nak kurangkan makan.  Caranya, jangan ada lauk pauk yang enak enak.  InsyaAllah, mohon berjaya!

No comments:

Post a Comment